Selasa, Julai 09, 2013

Program Bersama Kaunselor Jabatan

           Pada 09 Julai 2013 jam 2.30 petang satu Program Bersama Kaunselor Jabatan telah diadakan bersama-sama guru-guru SMK Tun Mutahir dengan Anjuran Sektor Psikologi & Kaunseling , Jabatan Pelajaran Melaka. Dengan matlamat " Guru Berdaya Saing Tinggi", En Isa Bin Jolan telah menyampaikan ceramah yang bertenaga di hadapan guru-guru.
             Antara objektif pula ialah meningkatkan motivasi guru dan memupuk wawasan guru ke arah membangunkan generasi Malaysia yang dinamik, berdaya saing dan cemerlang. Aturcara dimulai dengan perbincangan professional dengan guru-guru dan pengetua dan ceramah motivasi dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

En. Isa  Bin Jolan memulai acara

Aktiviti bersama-sama guru

Ceramah yang menarik perhatian guru

Sebahagian daripada guru-guru yang hadir



Tiada ulasan: