Rabu, Julai 03, 2013

Majlis Perasmian Hari Koperasi Dan Hari Kokurikulum 2013

Majlis Hari Koperasi 2013 dan Hari Kokurikulum 2013
 SMK TUN MUTAHIR 


                 Pada 03 Julai 2013 (Rabu)  telah berlangsungnya Majlis Perasmian Hari Koperasi dan  Hari Kokurikulum 2013  SMK TUN MUTAHIR bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir. Dengan tema " Koperasi : Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat" , Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan , Tuan Haji Awal  Bin Yol,  JKK Angkasa,  Melaka. 
                     Majlis di  mulai dengan nyanyian 3 lagu patriotik  diikuti dengan Bacaan Doa oleh Al Fadil Ust Hj Abd Razak Bin Baba, kemudian majlis perasmian oleh pengerusi Koperasi SMKTMu Tuan Hj Hussin Bin Sirun,dan diteruskan dengan Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran  oleh Nursyazwani  Bte M.Nor serta bacaan Perutusan Menteri oleh Hafizah Harisman. Majlis diteruskan lagi dengan Acara Menanam Pokok, Kuiz Spontan " Mengenali Koperasi Anda" dan di akhiri  dengan Anugerah Koperator ALK Pelajar terbaik.


Sekitar Majlis Perasmian Hari Koperasi




































Hari Kokurikulum 2013 

Dengan matlamat menanamkan sifat kerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan guru, melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan pelajar serta meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik, majlis perasmian dilakukan secara serentak dengan Majlis Perasmian Koperasi.

Pelbagai acara jualan gerai, pameran dan tayangan filem dianjurkan untuk semua pelajar mengambil bahagian. Tidak ketingggalan  juga pertandingan Kompang, Kawad kaki PPs, Melukis Poster, Karaoke dan Deklamasi Sajak turut diadakan... Selamat mengambil bahagian..... semoga gembira ........ 



Sekitar Hari Kokurikulum
Gerai Jualan Pelajar













Tiada ulasan: