Isnin, Julai 08, 2013

Majlis Pelancaran Bulan PSS & Bulan Membaca dan Pelancaran Program 1Murid 1Buku

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Hj Hussin Bin Siron pada 08 Julai 2103/ Isnin pada  jam 7.30 bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir. Dengan matlamat menyedarkan pelajar kepentingan PSS sebagai gedung ilmu yang perlu dimanafaatkan sepanjang hayat bagi mencapai kegemilangan dalam hidup.
Pengerusi PIBG, En Mansur Bin Kasim turut hadir sebagai tetamu ,  menyampaikan sumbangan buku PIBG dan tidak ketingggalan Pn Wan Noraini Bt Wan Hassan Pengurus  RHB  juga menyumbangkan buku-buku bacaan. Terima kasih diucapkan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 lagu patriotik , diikuti dengan  bacaan doa oleh Ust Rosli Mahat, kemudian disusuli dengan Ucapan Pengetua seterusnya merasmikan majlis pelancaran. Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Pelancaran dengan Penyerahan Buku Sumbangan YDP PIBG, Penyerahan Buku Sumbangan RHB dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Texas Instrument .
Majlis diakhiri dengan Persembahan Pelajar.
Semoga dengan pelancaran tersebut dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan....
Selamat Membaca.....


 Bacan Doa oleh Ustaz Roslee mahat
 En Izuan sebagai pengacara yang hebat
 Para pelajar begitu tekun mendengar

 Ucapan Pengetua - Perasmian



 Gimik Pelancaran dimulai oleh Tn Pengetua
 Gimik Pelancaran - Pengetua menarik banting secara rasminya

 Penyampaian Sumbangan oleh YDP PIBG


 Penyampaian Sumbangan Pihak RHB


 Persembahan Pelajar - Ulasan Buku - Hiew Thiam Seng 4SN 2
 Nyanyian Lagu - Ombak Rindu


 Persembahan Puisi oleh Mohd Hidayat

 Penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG
 Penyampaian Cenderamata kepada Pihak RHB Melaka


Tiada ulasan: