Isnin, April 09, 2012

Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2012

Bertemakan "Menjiwai Kecemerlangan Menuju Kejayaan" Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2012 telah dirasmikan oleh En Mansor Bin Kasim ( Nazir Sekolah merangkap YDP PIBG SMKTMU) dengan jayanya.  Dengan matlamat mencapai kejayaan cemerlang dalam semua bidang terutama dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012, semua warga SMKTMU perlu menjiwai budaya ilmu sepanjang hayat dan mengusai ilmu secara global. 

Majlis anjuran Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik Dan Vokasional akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan  demi melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemelangan dalam akademik. Minggu Bahasa Melayu mengambil tempat pada minggu pertama(2-6 April), diikuti dengan Minggu Bahasa Inggeris(9-14 April), Minggu Sains dan Matematik(17-21 April) dan diakhiri dengan Minggu Teknik Dan Vokasional(23-28 April)

Berikut gambar-gambar aktiviti sekitar majlis:-

Ucapan Alu-aluan Tn Pengetua
Ucapan Perasmian oleh En Mansur Bin Kassim
NYDP PIBG SMK Tun Mutahir
Barisan Pentadbir bersama En Mansur Bin Kasim
Gimik Pelancaran Bulan Akademik
Persembahan Pelajar - Kumpulan Puisi dan Lagu
Model Pelancaran Bulan Akademik 2012

                                      Persembahan Khas Oleh Pelajar-pelajar Pendidikan Khas
Penyampaian Cenderahati Kepada En Mansur

Tiada ulasan: