Isnin, Januari 09, 2012

Majlis Perpisahan Encik Ghafar bin Yahya

Guru yang amat kita sayangi iaitu Encik Ghafar bin Yahya, mantan GPK HEM SMK Tun Mutahir telah dilantik ke jawatan baru sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) dan dipindahkan ke Anglo Chinese School (ACS), Tengkera, Melaka. Jasa dan bakti beliau sepanjang berada di sini amat dihargai dan dikenang selalu. Tahniah kepada beliau. Semoga sentiasa cemerlang di tempat baru.....

"JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG,
KASIHMU TERPATRI DI SANUBARI"

Tarikh   : 9 Januari 2012
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SMK Tun Mutahir


Tuan Pengetua, Tn Hj. Hussin bin Sirun memberikan ucapannya (Gambar kiri).
Bacaan sajak yang bertajuk "Rindu Yang Berlalu" oleh Encik Mohd Noor bin Md. Zam (Gambar kanan)

Ucapan daripada guru yang diraikan, Encik Ghafar bin Yahya (Gambar kiri).

Antara cenderamata khas untuk Encik Ghafar.


Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata  kepada Encik Ghafar (Gambar kiri).  Tn. Hj. Ismail bin Abdullah, GPK HEM menyampaikan cenderamata kepada Encik Ghafar (Gambar kanan)

Antara wakil guru-guru dan staf sokongan yang menyampaikan cenderamata kepada Encik Ghafar.
Antara wakil pelajar-pelajar yang menyampaikan cenderamata.

Sesi bersalaman bersama pelajar-pelajar.

Tiada ulasan: