Khamis, September 08, 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Majlis ini yang telah dilangsungkan dengan jayanya pada 26 Ogos 2011 yang lepas, merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Mutahir. Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 dan 2 yang telah menjalani latihan tadarus sepanjang bulan Ramadhan. Justeru, majlis khatam Al-Quran yang saban tahun diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan antara murid dengan guru di samping meraikan Ramadhan Al-Mubarak dan menyambut Syawal.

Bacaan Yasin, tahlil dan tazkirah

Majlis khatam Al-Quran

Ucapan tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun


Gambar atas: Pemberian cenderahati dan duit raya kepada peserta tadarus dan khatam Al-Quran
Gambar bawah: Sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya

Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Norazmah Ashary kerana beliau akan melanjutkan pelajaran ke UKM dalam bidang Pendidikan Islam pada peringkat master

Tiada ulasan: