Isnin, Ogos 08, 2011

PERTANDINGAN SUDUT CERIA MERDEKA DI DALAM KELAS

Kepada semua Guru Tingkatan dan Pelajar SMK Tun Mutahir,



Dimaklumkan bahawa Panitia Sejarah akan mengadakan Pertandingan Sudut Ceria Merdeka di dalam kelas. Oleh yang demikian, tuan/ puan diminta untuk memaklumkan kepada para pelajar tentang pertandingan tersebut yang akan bermula dari 1 Ogos sehingga 15 September 2011.

Markah yang diperolehi dalam pertandingan Sudut Ceria Merdeka oleh setiap kelas akan ditambah dalam program 3K bagi menentukan pemenang pertandingan.  Sudut Ceria Merdeka di dalam kelas ini akan dinilai mengikut ketetapan berikut:

i)          Bendera Malaysia                   - 10 Markah
ii)         Bendera Negeri Melaka           - 10 Markah
iii)        Sudut Patriotisme                   - 30 Markah


Penglibatan semua murid dalam menjayakan pertandingan ini amatlah diharapkan. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: