Isnin, Ogos 15, 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 54

Dengan Tema 1 Malaysia : 'Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah pada 15 Ogos 2011 jam 7.30 pagi bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir. Matlamat utama program ini  adalah untuk melahirkan   serta  mempertingkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar SMK Tun Mutahir. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang bulan untuk menyemarakkan  semangat kemerdekaan negara yang ke  54 tahun. Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan melukis poster, kuiz, drama, pameran, pohon merdeka, buku skrap dan lain-lain lagi.

Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Hussin Bin Siron
Gimik Pelancaran - Kibaran Bendera
Nyanyian Lagu Patriotik
Kibaran Bendera Malaysia oleh pengawas
Perarakan Masuk Bendera Malaysia dan Melaka
Para pelajar tidak ketinggalan mengibarkan bendera negara

Persembahan Pelajar-  Puisi dan Lagu bertajuk "Orang Kita"


Tiada ulasan: