Selasa, Ogos 02, 2011

Majlis Penghargaan Mantan Pengetua SMK Tun Mutahir

Jumaat 30 Julai 2011 , Majlis Penghargaan Mantan Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn Hj Zolkaply Bin Yunus telah berjaya dilangsungkan di Tapak Perhimpunan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Razak Bin Baba, diikuti dengan tayangan video klip   dan bacaan biodata oleh Pengerusi Kelab Keluarga, Pn Punitha A/p Rajindram. Ini disusuli pula dengan Ucapan Mantan Pengetua dimana beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SMKTMu yang bakal ditinggalkan. Persembahan oleh murid dan guru juga tidak dilupakan untuk mengenang jasa beliau. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Cenderahati oleh pelbagai pihak  dan diakhiri dengan majlis jamuan ringan. Semua warga SMKTMu mendoakan kejayaan beliau dan mengucapkan selamat maju jaya serta  jangan lupa kami disini.

 Pn Punitha membacakan biodata tetamu
 Ucapan Yang Diraihkan
 Persembahan Sajak oleh En Mohd Nor Md Zam
 Penyampaian Cenderahati daripada pihak sekolah
Tn Haji Zolkaply bersalaman dengan dengan para pelajar 

Tiada ulasan: