Selasa, Julai 05, 2011

Permohonan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013

Untuk makluman semua, Bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) bagi setiap pelajar ialah RM6.00.  Pelajar boleh membuat bayaran dengan membawa salinan kad pengenalan pelajar.  Pembayaran bagi PMI boleh dibuat mulai tarikh 1 Julai -10 Oktober 2011 ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi.  Setiap pelajar akan diberi Nombor Pengenalan Individu (No. NPI lima (5) digit) oleh BSN yang akan tercatat pada resit tersebut.  Nombor NPI ini perlu dirahsiakan untuk keselamatan.  Pastikan nombor kad pengenalan pelajar sama seperti yang didaftar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi Peperiksaan SPM 2011.

Untuk maklumat lanjut, kunjungilah Bilik Kaunseling SMK Tun Mutahir.

Tiada ulasan: