Khamis, Julai 14, 2011

KUTIPAN BARANG TERPAKAI/ TERBUANG DAN 'JUMBO SALE'


Kepada,
Semua Guru dan Pelajar SMK Tun Mutahir. 

Adalah dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Murid SMK Tun Mutahir akan menjalankan kutipan barang terpakai dan terbuang daripada semua guru dan pelajar bermula 15/07/11 – 19/07/11. Pihak Badan Kebajikan Murid akan mengadakan ‘Jumbo Sale’ pada 20/07/11 bagi mengumpul dana membantu anak-anak yatim dan miskin SMK Tun Mutahir.

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat guru dan pelajar yang sudi menghulurkan sumbangan seperti pakaian, buku, majalah, surat khabar, botol, tin dan sebagainya bolehlah berhubung dengan Pn. Hamizilawati Ishak, Cik Nurul Wahida Mohammad dan Cik Aniha Ahmad untuk menyerahkan sumbangan tersebut.

Kerjasama, keprihatinan dan keikhlasan pihak tuan dalam perkara ini, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: