Jumaat, Julai 01, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TUN MUTAHIR KALI KE 37

Tanggal 30 Jun 2011 (Khamis) telah berlangsung dengan meriahnya "KEJOHANAN OLAHRAGA  SMK TUN MUTAHIR KALI KE 37". Majlis dirasmikan oleh Datuk Hj. Ab. Rahman Bin Ab Karim (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan) turut serta ialah  En Velaithan Achutha Nair selaku YDP PIBG SMK Tun Mutahir, Pn Kamariah Bte Othman(GPK 1), En Mohammad Radhi Bin Masah (GPK Koku) dan barisan pentabdir yang lain.

Kejohanan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Patriotik, Ucapan Pengerusi Kejohanan, Ucapan Pembukaan dan Perasmian Kejohanan Olahraga kali ke -37, Upacara Menaikan Bendera Kejohanan, Bacaan Ikrar dan Pemeriksaan Kontinjen dan diakhiri dengan penyampaian Cenderamata.

Paling membanggakan pada tahun ini, setiap rumah sukan dan badan beruniform menunjukkan kesungguhan mereka semasa perbarisan yang begitu cantik dan teratur. Tahniah diucapkan. Sepanjang kejohanan pelbagai acara olahraga akhir telah berlangsung dan mendapat sambutan hangat daripada para pelajar yang menyokong  pasukan rumah masing-masing. Paling menggamatkan ketika acara tarik tali akhir.

Di sebelah tengahari , Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh En Velaitan yang sudi meluangkan masa beliau dengan menyampaikan ucapan penutup dan hadiah kepada para pemenang .Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada  yang tewas tingkatkan usaha lagi serta terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan temasya sukan pada kali ini.Semoga dengan ini menjadi titik tolak kepada semangat kesukanan sesuai dengan dasar Satu Murid, Satu Sukan.

 Para tetamu Jemputan

 Bacaan Doa tidak dilupakan

 Maskot SUKMA tidak ketinggalan juga..mendahuli perbarisan masuk

 Perbarisan Kotinjen memberi tabik hormat
Antara Perbarisan Uniform yang menarik
 Ucapan Pengerusi  oleh Pn Kamariah Othman( GPK 1)

Ucapan Perasmian Oleh  Datuk Hj. Ab. Rahman Bin Ab Karim

 Gimik Pelancaran - belon, belon dan belon...

Pemeriksaan Kotinjen



Tiada ulasan: