Selasa, Julai 12, 2011

Hari Ko-kurikulum SMK Tun Mutahir 2011

 Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan  bagi  memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pemelajaran (P&P) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya  aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai, pertandingan sukan/permainan, kawat kaki, pemainan dalaman, karaoke, deklamasi sajak, melukis poster dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman dari Persatuan /Kelab, Sukan & Permainan dan Badan Beruniform masing-masing......



Tarikh:   20 Julai 2011
Masa:    7.30 pagi - 1.10 petang
Tempat: SMK Tun Mutahir

Sila rujuk Kertas Kerja untuk maklumat lanjut.


Tiada ulasan: