Sabtu, April 23, 2011

Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu Peringkat Daerah Melaka Tengah

Bertempat di Dewan Utama SMK Kampung Gelam, pada 15 April 2011 (Jumaat) di adakan pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Daerah Melaka Tengah . Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk dipilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri pada bulan Mei nanti.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG KG Gelam Tn Hj Hashim Kalil yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Keputusan pertandingan adalah:
  1. SMK Tun Mutahir
  2. SMK Malim
  3. SMK Munsyi Abdullah

Tema pertandingan tahun ini adalah Satu Malaysia .

Untuk makluman sekolah kita akan menyertai pertandingan  Sayembara Puisi dan Lagu Peringkat Negeri pada 6 Mei 2011 (Jumaat) di MITC, Melaka

Tiada ulasan: