Ahad, Mac 13, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI 1 - 2011

Tanggal 12 Mac 2011 ( Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya LDP pertama bagi tahun 2011 yang bertajuk "Pembentangan Dan Penilaian Blog".  Matlamatnya ialah memperluaskan aplikasi ICT dalam P&P , meningkatkan lagi penggunaan blog dalam pengurusan pendidikan dan pentadbiran sekolah dan secara tak langsung meningkatkan lagi penguasaan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pentadbir dan guru-guru.

Majlis anjuran JK LDP , Unit ICT dan JK Innovasi Sekolah , telah dimulai dengan sesi pendaftaran dan diikuti dengan ceramah oleh Tn Haji Zolkaply Bin Yunus yang bertajuk " Halatuju Pembangunan Pembestarian Sekolah", ini disusuli pula dengan Jamuan dan Sambutan Harijadi Guru-Guru( Jan - Mac 2011) di kantin sekolah.
Selepas menikmat jamuan, majlis diteruskan dengan pembentangan blog oleh setiap panitia dan unit pentadbiran sekolah. Penilaian blog telah dibuat oleh barisan pentadbir bagi memilih blog yang paling menarik dan berinfomasi. 

Tiada ulasan: