Selasa, Februari 08, 2011

Mangsa banjir di Johor dan Melaka berkurangan

08/02/2011 10:00am

JOHOR BAHARU 8 Feb. - Seramai 24,528 orang daripada 6,047 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor pagi ini.

Kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 91 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.

Sementara itu, di MELAKA seramai 189 mangsa banjir yang berada di dua pusat pemindahan di daerah Jasin, pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata, sehingga pukul 7 pagi ini, seramai 159 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online. Sila klik di SINI

Tiada ulasan: