Selasa, November 02, 2010

SAMBUTAN HARI Q 2010







Sambutan Hari Q , 2010 SMK Tun Mutahir telah berlansung dengan jayanya pada 30 Oktober 2010 bertempat di Hotel Kings, Ayer Keroh, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Saroni Bin Judi, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Antara tetamu lain yang hadir ialah Pengerusi PIBG, En Velaithan A/l Achutha Nair, barisan AJK PIBG SMK Tun Mutahir 2010 dan wakil PPD.

Majlis Anugerah Kualiti SMK Tun Mutahir 2010 bermatlamat menjadikan kualiti sebagai budaya sekolah dalam semua aspek. Antara objektif majlis ini ialah dapat memotivasikan guru-guru dan staf sokongan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti, mengiktiraf prestasi berkualiti yang dipamerkan guru dan staf, meningkatkan produktiviti berkualiti secara berterusan dan mengkukuhkan "Espirit de Corps" sekolah.

Sekalung tahniah kepada para penerima anugerah dan semoga mengekalkan prestasi untuk terus gigih memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Tiada ulasan: