Jumaat, November 12, 2010

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2010



Tanggal 11 November 2010 bertempat di Dewan Mutahir telah berlangsung Majlis Hari Anugerah Kokurikulum 2010. Majlis tersebut diadakan dengan matlamat menjadikan aspek kualiti sebagai budaya di kalangan semua warga sekolah. Antara objektif majlis ialah memotivasikan murid - murid untuk menghasilkan pencapaian yang berkualiti dalam semua aspek yang diceburi, mengiktiraf prestasi dan pencapaian berkualiti yang dipamerkan murid-murid, meningkatkan produktiviti berkualiti secara berterusan dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil dan piala yang disampaikan oleh Pengetua dan barisan pentadbir dan diakhiri dengan jamuan ringan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Tiada ulasan: