Khamis, September 30, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PMR & SPM 2010




Majlis Solat Hajat PMR dan SPM 2010 telah berjaya dianjurkan pada 25 September 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Mutahir. Majlis tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar, guru serta ibubapa. Majlis ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara murid dan guru serta ibubapa pelajar serta memberi kesedaran untuk mewujudkan satu perubahan terhadap sahsiah murid.


Majlis dimulai dengan ucapan Pengetua, Tn Hj Zokaply bin Yunus, Ucapan NYDP, En Zali Bin Manap, Ceramah Kerohanian oleh Ustaz S.Faisol Bin S. Mohamad, Bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Hajat berjemaah.

Tiada ulasan: