Khamis, Ogos 05, 2010

PELANCARAN PROJEK PARENTHON & SEMINAR PENDIDIKAN







Tanggal 01 Ogos 2010 Ahad lalu bertempat di Dewan Tun Mutahir telah berlangsungnya majlis Pelancaran Projek Parenthon dan Seminar Pendidikan buat julungkalinya. Pelancaran majlis telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu En Asha'ari Bin Johari, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Melaka.

Antara objektif projek parenthon ialah mengumpul dana bagi melaksanakan sebarang aktiviti yang diperlukan di sekolah. Kedudukan kewangan yang kukuh akan dapat membantu memajukan sekolah. Manakala objektif seminar pendidikan antara lain ialah ibubapa dapat menbantu menguruskan anak-anak yang menhadapi masalah terutamanya masalah disiplin agar masalah ini dapat diatasi dan akhirnya anak-anak akan berubah sikap seterusnya positif terhadap pembelajaran mereka di sekolah.

Majlis dimulakan dengan ceramah Seminar Pendidikan yang disampaikan oleh Pn Noliah Bt Kudus, Pensyarah Kanan Bahasa UteM, Melaka. Seterusnya Majlis Pelancaran Projek Perenthon dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan Ucapan Pengetua Tn Hj Zolkaply Bin Yunus, Ucapan Yang Dipertua PIBG, En Velaithan Atchutha Nair dan Ucapan Wakil Pengarah , En Asha'ari Bin Johari. Majlis seterusnya diteruskan dengan Penyampaian Mock Chuque daripada penderma , penyampaian cenderahari dan sijil.

Tiada ulasan: